15 April 2013

Persediaan: Barang yang perlu dibawa ke universiti

Assalamualaikum.

Baiklah tak lama lagi lepasan SPM nak masuk Universiti/Kolej/Matrikulasi kan. sama macam aku. tak sabar rasanya melalui kehidupan sebagai seorang pelajar U. wahh naik satu lagi pangkat. dari tadika ke sekolah rendah lepas tu ke sekolah menengah. now insya allah universiti pulak. tak sabar tak sabarnya!!!

Ok sambung semula. yess persediaan!! barang apa yang kita perlu bawa masuk sana nanti. apa apa!! al maklum ini pertama kali golongan macam aku ni pergi ke satu peringkat lagi. semestinya harus ada persediaan

Oh yang aku senarai ni semua aku google. so dari satu blog ke satu blog aku kumpul senarai tersebut. tapi kalau nak lebih detail lagi kau search sendiri ya. ini hanya perkongsiaan semata mata. kalau ada nak share tips or apa apa sahaja lah sila komen kat bawah ya!

Sooo lets check it out!!

Senarai barang yang perlu dibawa ke universiti:

Orientasi (MDS untuk pelajar UiTM tak tau lagi U lain macam mana. terpulang kalau nak bawak):

Baju kurung (sekurang kurangnya 6 pasang)
Kasut sukan (kalau bawak kasut fancy takut kotor so bawak je lah)
Laptop tak payah bawak (takut ada kes kecuriaan)
Girls free hair- bawa 2 or 3 helai tudung
Guys-  baju kolar, baju kemeja, kasut bertutup, tie (pakaian formal)
Pakaian dalam --" (secukupnya)

p/s: yang atas ini semua untuk minggu orientasi.

Pakaian & Footwear

Baju kurung especially for Monday - Friday
T-shirt (berkolar bagi lelaki)
Baju kemeja
Seluar jeans
Seluar tidur or Pajama
Kain batik/pelikat
Cardigan. Sweater? Maybe yes or no. depends on you!
Telekung
Baju putih kosong lengan panjang for diploma students only
Stoking (sila bawak 1-2 pasang)
Kasut sukan
Kasut/Sandal pergi kelas (sandal aku reti eja)
Kasut/selipar jalan jalan
Selipar tandas (selipar jepun)

Toiletries

Shower gel (kalau guna sabun, jangan lupa bekas nya k)
Berus gigi & ubat gigi
Pencuci muka
Shaver
Shampoo & conditioner (kalau nak bawak conditioner lah. kalau tanak tak yah. bikin berat saja)
Deodorant
Perfume
Powder
Nail clipper
Baldi & gayung
Pad (untuk gadis)
Mekap (untuk gadis (?) kalau nak)
Pewangi locker (terpulang)
Cotton bud (terpulang)
Plastik sampah (penting! takut bersepah bilik. mana tahu roomate tak bawak)
Mini sewing kit
Tuala 2 helai (penting! untuk yang tinggal jauuuhhh~)

Laundry

Sabun basuh baju (kalau serbuk letak dalam bekas lain. takut berterabur k)
Iron
Hanger (dalam 20. terpulang)
Pengepit baju

Emergency

Penadol
Minyak angin
Period painkiller (untuk gadis)
Losen mustajab/minyak gamat
Ubat selsema
Ubat nyamuk (terpulang)

Makan & Minum

Sudu, Garpu
Stok makanan especially for breakfast (biskut dalam tin, maggi)
Pinggan, Mangkuk, Gelas
Minuman 3 in 1
Container (terpulang)

Etc

Pendrive
ATM card
File untuk isi kertas
Bantal, Selimut
Cadar (kalau boleh 2 untuk yang tinggal jauuuhhh)
Tudung 2-3 helai untuk girls free hair
Laptop & charger
Charger handphone
Jam loceng
Surah yassin (agama islam. untuk non-muslim boleh bawak kitab masing masing)
Alat tulis
Buku kosong 1-2 buah buku
Beg/beg sandang (untuk pergi kelas)

Agaknya itu sahaja aku nak share apa yang perlu dibawa. kalau rasa masih ada kureng lagi sila tambah sendiri. and kalau rasa senarai aku ni over gila mak jemah gitew pandai pandailah adjust sendiri ok!


Hm untuk persediaan mengemas dokumen dokumen akan aku cuba mencari waktu yang sesuai untuk kongsi tips tipsnya. sebab untuk beri tips kat orang orang ni perlu ilham dan perlu banyak buat research ecececeh


Assalam :)

No comments:

Post a Comment